fbpx

Pemilik Warung Tudia Char Koey Teow Kongsi 6 Tip Pemasaran Mudah Untuk Bisnes Kecil

Sejujurnya, tidak semua kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan dengan kos yang ciput atau hampir tiada kos langsung. Namun, terdapat beberapa cara biasa yang boleh kita gunakan untuk membantu kerja-kerja pemasaran tanpa modal besar. Saya cuba sampaikan apa yang pernah dilakukan untuk Tudia Char Koey Teow.

1. Gunakan Platform Facebook Sepenuhnya.

Jadikan facebook peribadi sebagai tempat untuk bercerita tentang apa sahaja yang kita buat berkaitan bisnes. Tapi dengan syarat jumlah rakan Facebook mesti ramai. Jangan tulis perkara negatif seperti luahan masalah, maki hamun dan sebagaiya.

Orang lari dan takmau baca. Buat Facebook Pages dan penuhkan dengan gambar produk atau perkhidmatan. Hari ini di facebook, cerita panjang-panjang pun orang sanggup baca asalkan menarik dan bermanfaat. Belajar bagaimana teknik bercerita boleh menarik ramai orang membaca. Rujuk wall sahabat saya Tuan Al Irfan Jani dan Tuan Aqif Azizan.

2.Perbanyakkan Orang Yang Tolong Syorkan (Referral)

Setiap pelanggan datang menjamu selera di warung bahagia kami, saya akan bertanya ” Makan ok tak bang ? Ada apa yang terkurang bagitau ya ?”. Bila mereka beri maklum balas , ” Semua ok bang, sedap! “. Kita kena cepat cakap, ” Kalau sedap boleh bagitau kawan-kawan dan datang sini lagi bang “.

Berikan intensif untuk pelanggan sedia ada yang memperkenalkan kita kepada orang lain. Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin buat follow up kepada pelanggan sedia ada.” Kak, kalau ada kawan-kawan yang nak beli penapis air Coway bagitau la kepada saya. Ada upah untuk akak nanti!”.

3. Kenali Siapa Pelanggan Anda Sebenarnya

Kita mahu sasarkan pelanggan yang bagaimana ? Jawab dahulu soalan ini baru mudah untuk kita buat kerja pemasaran. Sebagai contoh, Tudia Char Kuey Teow sasarkan mereka yang berumur 18-40 tahun, tinggal dalam 10 kilometer radius dari Putra Heights, Subang Jaya.

Mereka sibuk bekerja tak sempat masak di rumah, Mereka orang bisnes yang suka lepak santai di warung. Mereka ketua keluarga yang suka bawa anak isteri makan di warung dan paling penting mereka ini kebanyakannya Food Hunter yang menggemari menu Char Kuey Teow.

4. Tukar Pelanggan Jadi Peminat.

Mengumpul peminat lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru. Tawarkan apa yang benar-benar mereka mahu dan suka. Di Tudia Char Kuey Teow, kami tukar pelanggan kepada Fans dengan meletakkan seekor ketam segar di atas sepinggan Char Kuey Teow.

Maka lahirlah ramai fans Ketam! Peminat mahu selalu dekat dengan apa yang mereka suka, peminat mahu dihargai. Kami belanja minum percuma kepada peminat yang selalu datang ke warung kami. Jangan berkira dengan peminat. Peminat tetap akan datang singgah di warung walaupun mereka tidak makan.

5. Berikan Apa Sahaja Asalkan Ia Percuma.

Semua orang suka benda free. Dulu sewaktu awal pembukaan warung Tudia Char Kuey Teow, kami banyak tawarkan makan percuma. Bagi makan percuma kepada 100 orang setiap minggu. Tetapkan masa sesuai dan ajak ramai orang datang makan.

Orang kata ini kerja gila, setiap minggu bagi makan Percuma. Depa taktau hasilnya nanti lagi gila-gila. Nak hasil gila-gila memang kena buat kerja gila. Ada bran ? Bayangkan beratus orang yang makan Free itu balik bercakap kepada 2 orang yang lain. Apa jadi agaknya ya ??

6. Libatkan Diri Dalam Aktiviti Masyarakat.

Orang berniaga kena bijak bersosial. Jangan jadi katak bawah tempurung, bukan asyik duduk dalam dunia kita sahaja. Keluar dan beraktiviti bersama masyarakat, di mana ramai orang beraktiviti, di situ kita mesti wujud dan boleh dilihat.

Sebagai contoh, cari mana-mana badan sosial yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh dilihat. Network dapat, pahala dapat, branding pun dapat. Hubungi sahabat saya, Pengasas Kindness Muhammad Bin Kamarulazizi untuk join program mereka.

Pemasaran bukan sekadar teori, malah ia harus dijiwai. Pepatah Banjar menyebut, ” Marketing is not a department, Marketing is an attitude “. Kerja-kerja begini tidak boleh dibuat-buat, memang tak menjadi. Ia mesti lahir tulus dari hati. InshaAllah lama-lama mesti menjadi.

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!