July 28, 2020

"Pelanggan tak panggil servis pun saya tetap datang," rahsia bisnes Saudagar Fotostat makin maju

Nak terjah bisnes yang didominasi kaum Cina ni bukan mudah. Ini yang buatkan Tuan Uwais ambil langkah luar biasa untuk menang di hati pelanggan dengan cara tersendiri selama 4 tahun berbisnes. 

Sebelum ni beliau timba pengalaman di syarikat Cina bertahun-tahun sebelum nak mula bisnes. Yang bagusnya Tuan Uwais ni, sejak awal tahun 2016 lagi beliau mula belajar di seminar Membina Bisnes Kecil anjuran Hasbul Brothers untuk sedut ilmu sebab nak elakkan kesilapan mula-mula berniaga, ketika itu beliau masih lagi makan gaji. 

Apa yang dipelajari dalam seminar itu terus dipraktikkan ketika berbisnes terutamanya:

Customer relationship

“Jika nak pelanggan bertahan lama, jangan tunggu mesin fotostat problem baru datang”. Itu yang diterap dan ditekankan oleh Tuan Uwais kepada semua staffnya. Dengan usahasama staff Saudagar Fotostat semua 200 pelanggan ‘dilawat’ dan mesin fotostat ‘dirawat’ setiap bulan walaupun takda kerosakan atau aduan.

71819616-2388761734575253-152490563281616896-o

Staff Saudagar Fotostat sedang menyelenggara mesin fotostat di pejabat klien

Cara untuk dapat staff yang bagus

Jika sebelum ni Tuan Uwais iklan kan di mudah.my untuk dapatkan pekerja, lepas dah belajar beliau tak buat lagi cara tu untuk dapat staff yang berkualiti. Kami dapati melalui kajian sendiri, talent atau calon yang mempunyai kemahiran teknikal mudah didapati di saluran Indeed atau MauKerja.

Selain itu, setiap hari beliau sentiasa monitor aktiviti staffnya dengan mempraktikkan budaya untuk report Things To Do bagi memastikan kelancaran task dan tanggungjawab 9 staffnya setiap hari. 

Jangan belanja duit bisnes suka hati

Walaupun sales yang dicapai konsisten RM 40 ribu hingga RM 60 ribu setiap bulan, Tuan Uwais tak belanja duit bisnes sesuka hati. Beliau fokus convert untung bisnes untuk kembangkan lagi bisnesnya. 

Malah, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas gaji staffnya tetap dibayar tanpa ada pengurangan sebab cashflow syarikat yang positif walaupun memberi diskaun kadar sewa mesin fotostat kepada klien. Power kan?

Hmmm… Anda ada kenal sesiapa rakan usahawan yang buat bisnes servis? Ajak mereka baca kisah Tuan Uwais ini dan contohi tindakan luar biasanya!

Atau jika anda sendiri tak nak buat kesilapan ketika awal berbisnes macam Tuan Uwais ni terus klik https://growyourbusiness.my

 

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.