Servis lepas jualan
Cuba kita letakkan diri kita sebagai pelanggan untuk produk atau servis kita. Apakah perkara yang boleh membuatkan pelanggan membeli berkali-kali selepas pembelian kali pertama?
Setiap bisnes perlu faham yang kos untuk mendapatkan kepercayaan untuk melakukan pembelian pertama lebih mahal berbanding kos untuk mendapatkan pembelian kedua dan ketiga dari pelanggan sedia ada.
Kepuasan pelanggan sangat penting untuk pembeli kekal setia dengan bisnes kita. Sebab tu syarikat kena mantapkan servis lepas jualan. Barulah pelanggan rasa duit yang mereka bayar berbaloi-baloi.
Betul tak?
Apakah contoh servis lepas jualan yang boleh kita guna untuk ikat pelanggan menjadi setia dengan kita?
#1- Waranti produk
Tawaran waranti produk dapat menimbulkan rasa yakin dengan produk. Ini menunjukkan syarikat yakin dengan produk yang ditawarkan mampu memberi manfaat yang lama kepada pembeli.
#2- Jaminan pulangan wang
Syarikat boleh tawarkan jaminan pulangan wang sekiranya produk atau servis yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar oleh pembeli.
#3- Online support
Online support penting untuk pembeli membuat aduan sekiranya produk tidak berfungsi seperti biasa. Servis seperti pembelajaran secara online juga boleh tawarkan online support untuk sebarang pertanyaan.
#4- Feedback pelanggan
Pembeli akan rasa pendapat mereka dihargai sekiranya syarikat meminta feedback dari pelanggan dan membuat penambahbaikan.
#5- Diskaun untuk pembelian kedua
Syarikat yang mempunyai database pelanggan dapat menjimatkan kos pengiklanan dengan hanya menawarkan diskaun untuk pembelian kedua kepada pelanggan sedia ada.
Servis lepas jualan yang mantap sangat penting untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan. Sekiranya syarikat mempunyai pelanggan setia yang ramai, kos pengiklanan boleh difokuskan untuk mendapatkan pelanggan - pelanggan baru.
Cuba buat servis lepas jualan, mesti sales akan naik dalam jangka masa panjang. Nak bisnes stabil dan mampu bertahan lama kan?