fbpx

Meskipun Berstatus Billionaire, Pemilik IKEA Berusia 90 Tahun Ini Masih Memandu Volvo Lamanya

Salah seorang jutawan yang paling kaya dan misteri, Ingvar Kampard mempunyai hasil kekayaan yang amat luar biasa. Ianya bermula dari sebuah ladang keluarga Elmtaryd di Selatan Sweden tempat beliau dilahirkan. Kamprad, yang berumur 90 tahun pada Mac ini, mempunyai nilai bersih sebanyak $ 39.3 bilion.

Bermula Pada Usia 17 Tahun Dengan Jual Bingkai Gambar

Menurut Business Insider, Kamprad mula membina kekayaannya pada seawal usia 5 tahun. Namun, 5 tahun kemudian beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan mula menjual kad krismas, pensel, dan ikan di sekitar kawasan kejiranan.

Beliau menubuhkan IKEA pada tahun 1943 pasa usia 17 tahun selepas bapanya memberi ganjaran kepadanya kerana mempunyai prestasi yang baik ketika berada di sekolah.

Beliau  memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual barang-barang seperti bingkai gambar sebelum memperkenalkan perabot pada tahun 1948 yang dihantar menggunakan trak susu.

Nama IKEA berasal dari singkatan pertama dan terakhir, dan keluarga beliau dilahirkan berhampiran dengan perkampungan Agunnaryd, di wilayah Sweden Smalanda.

IKEA juga membenarkan pembeli dan memberi kebebasan kepada mereka dengan memasang perabot mereka sendiri. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos kepada pengguna. Oleh itu, dengan wujudnya produk yang berpatutan, berfungsi dengan baik dapat menarik hati pelanggan.

Kini, IKEA Berjaya Meluaskan Cawangan Ke 47 Buah Negara

Setelah hampir beberapa tahun beroperasi, IKEA sudah berkembang di seluruh Sweden, Norway, Denmark, dan seluruh dunia di 47 buah negara dengan lebih daripada 300 kedai yang beroperasi. Apabila IKEA dapat berkembang dengan maju, kehidupan Kamprad juga berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang jutawan

Walaupun telah menjadi seorang jutawan, namun Kamprad masih hidup dalam keadaan yang sederhana. Menurut Daily Mail, beliau lebih gemar untuk makan bebola daging yang dijual di kedai beliau sendiri.

Namun begitu, dia juga lebih selesa untuk mengekalkan imej seorang rakyat biasa dan tidak terlalu mewah. Beliau juga memberitahu majalah Sweden, sebab mengapa dia masih membeli pakaian yang tidak berjenama :

“Ini bermakna bahawa saya masih mahu memberikan contoh yang baik kepada semua oRang dan sentiasa berjimat cermat serta tidak mengamalkan sikap yang terlalu boros”

Kamprad juga sering mempunyai sikap yang merendah diri dan tidak terlalu menunjuk. Walaupun beliau masih mampu untuk membeli sebuah jet peribadi, namun beliau masih berkeras dan masih berkeras untuk terbang menggunakan kelas ekonomi.

Tiada Jet Peribadi, Lebih Gemar Dengan Hidup Seperti Orang Kebiasaan

Apabila Kamprad ingin melawat  kedai-kedai IKEA yang baru dibuka, beliau memilih untuk tinggal di hotel yang lebih murah dan masih memandu Volvo lama miliknya selama dua dekad.

Kamprad juga adalah seorang duda selepas kematian isterinya pada tahun 2011. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat, serta tiga anak kandung. Salah seorang anaknya iaitu Mathias, telah mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan IKEA dan terus menjadi pengurusi IKEA Holding SA pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, Mathias mengawal dan menyelia operasi francais IKEA di seluruh dunia. Kamprad juga merupakan penasihat kanan dan ketua pembuat keputusan pada 72 tahun yang lalu.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!