March 10, 2019

Meraikan Kegagalan Dalam Bisnes Sebagai Satu Pengalaman Hebat

Sewaktu di alam persekolahan, kita diajar bahawa mereka yang dapat masuk universiti adalah orang berjaya. Orang yang dapat Sarjana dianggap lebih pandai dari yang ada Sarjana Muda. Mereka yang ada PhD dikatakan lebih cerdik daripada kesemua orang lain.

Akhirnya, ramai berebut untuk nak letakkan gelar “Dr” di depan nama walaupun ia diambil dari universiti internet entah berantah.

Malangnya, Orang ‘Pandai’ Tidak Mampu Cipta Peluang Pekerjaan

 

Dalam keghairahan kita meraikan orang berjaya ini, akhirnya kita diberitahu sejumlah graduan tidak ada kerja. Mereka yang dikatakan pandai itu tidak mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri. Mereka hanya mampu berenang di dalam kolam tetapi tenggelam apabila dihumban ke lautan.

Sekarang hanya 2% graduan IPTA ceburi bisnes, berbanding 1% beberapa tahun sebelum ini. Secara bergurau saya katakan, “Itu hebat, peningkatan 100% dari 1% kepada 2%!”

Orang yang dikatakan berjaya itu hanya menunggu orang lain menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Sebaliknya, orang yang dikatakan gagal ini pula mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri.

Saya dimaklumkan sekitar 80% usahawan di Malaysia tidak mempunyai pendidikan tertiari; dalam bahasa mudah, mereka tidak masuk universiti.

Orang yang tidak masuk universiti (dan dikatakan gagal oleh masyarakat) kini mencipta peluang pekerjaan (termasuklah kepada orang yang masuk universiti dan dikatakan berjaya itu).

Saya sebutkan soal ini untuk menggambarkan bahawa kita harus melihat semula konsep kejayaan dan kegagalan. Kita harus beralih dari proses dan output kepada outcome. Akhirnya, apakah yang kita mahu?

Kata Puan Ainon Mohd, 80% Bisnes Tak Menjadi Dalam Tempoh Kurang 2 Tahun

Begitu juga dengan keusahawanan. Selagi kita tidak mampu meraikan kegagalan, kita tidak akan berupaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah entrepreneurial nation. Menurut Bloomberg, 80% bisnes gagal dalam tempoh 18 bulan pertama.

 

Kata Pengerusi Eksekutif PTS Media Group, Puan Ainon Mohd, usah guna perkataan bisnes gagal, gunakan istilah bisnes tak menjadi. Baiklah, 80% bisnes tak menjadi dalam tempoh 18 bulan pertama.

80% adalah satu jumlah yang tinggi. Sekiranya kita terus mengamalkan budaya melanyak mereka yang gagal ini, bagaimanakah mereka akan dapat bangun kembali? Sekiranya bisnes tak menjadi, kenapa mereka harus dihukum sebagai penjenayah dan seolah-olah tidak dibenarkan untuk bangun kembali?

Benarlah kata-kata, orang yang tak berbuat apa-apa tidak akan gagal. Orang yang tidak berdiri, tidak akan jatuh.

Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Perkara Ini?

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, keusahawanan ialah satu idea, harapan, impian dan masa depan. Usahawan akan bersinar mata apabila bercakap mengenai masa depannya. Walaupun berbisnes di gerai bumbung zink, usahawan melihat dirinya berada dalam gedung berpuluh tingkat berhawa dingin.

Walaupun berada di dalam terowong gelap penuh tikus, usahawan mampu merasakan diri berada di atas awan dan disinari warna-warna pelangi yang indah. Itu usahawan.

Sekiranya kita ingin membangunkan entrepreneurial nation, keseluruhan ekosistem keusahawanan itu harus berubah. Usahawan kena berubah.

Agensi pembangunan keusahawanan, termasuklah institusi pembiayaan, kena berubah. Cara kerajaan melihat apa yang disebutkan sebagai kegagalan juga kena berubah.

Mari, kita raikan kegagalan. Mari, kita rayakan bisnes bungkus. Dari kegagalan ini kita belajar untuk membina sebuah harapan dan masa depan. Kita belajar dari kegagalan ini untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Kegagalan adalah pengalaman.

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.