fbpx

Kenapa Customer Lifetime Value Sangat Penting Dalam Bisnes?

Customer lifetime value ialah anggaran keuntungan yang kita akan dapat pada masa hadapan dengan pelanggan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai nilai kewangan yang syarikat jangka akan dapat dari pelanggan.

Customer lifetime value dinilai bukan sahaja ketika pelanggan membeli, tetapi dari keseluruhan customer life cycle merangkumi tahap mendapatkan kepercayaan pelanggan, pembelian pertama sehingga syarikat dapat kesetiaan dari pelanggan.

Nilai ini penting dan boleh digunakan untuk beberapa perkara:

1) Mengira dan mengenalpasti kos pemasaran dan memastikan kos pemasaran lebih rendah berbanding nilai CLV.

2) Menentukan bajet pemasaran yang diperlukan untuk mencapai target jualan berdasarkan rekod kos pemasaran

dan nilai pelanggan melalui CLV.

3) Mengenalpasti kumpulan sasaran dengan CLV yang tinggi supaya fokus pemasaran boleh ditujukan kepada pelanggan dengan nilai CLV yang tinggi.

4) Strategi hubungan baik dengan pelanggan dengan nilai CLV yang tinggi lebih diberi perhatian serius.

5) Mengira kesetiaan pelanggan berdasarkan pembelian selepas setiap pembelian dan memberikan diskaun kepada pelanggan setia.

CLV hanya dapat digunakan dengan maksimum sekiranya syarikat mempunyai sistem pengurusan pelanggan yang mencukupi seperti pemasaran untuk mendapatkan pelanggan baru, pemasaran semula kepada pelanggan pertama dan program untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!