Permohonan akan ditapis berdasarkan tahap sales, jumlah team dan masalah sebenar bisnes.
Tugas Director, Bukan Lagi Tentang Urus Bisnes. Tapi Urus Risiko Setiap Hari.
Dari seorang business owner kepada business owner yang lain, saya faham tekanan ini.
Saya faham masalah seorang pemilik bisnes. Orang nampak syarikat makin besar. Team makin ramai. Sales makin tinggi. Office makin cantik.
Orang ingat bila bisnes dah sampai tahap ini, kerja owner itu makin senang. Hakikatnya, makin besar bisnes, makin besar risiko yang business owner kena fikir.
SOP dah ada. Team dah lengkap. Tapi kenapa benda kecil pun masih tunggu keputusan owner?
Payroll makin besar setiap bulan. Tapi kenapa output team macam itu juga?
Marketing aktif setiap bulan. Sales masih masuk. Tapi kenapa profit makin nipis dan cashflow sentiasa ketat?
Bila nak scale, business owner akan mula fikir:
“Struktur company aku dah cukup kuat ke?”
“Kalau tambah orang, output naik atau kos saja yang bertambah?”
“Kalau buka cawangan baru, operation boleh handle ke?”
“Atau bisnes akan mula ‘bleeding’ dalam diam?”
Ini realiti dan masalah sebenar di level pemilik bisnes RM100K dan ke atas.
Bukan lagi setakat fikir cukup atau tidak nak bayar gaji bulan ini. Tapi owner di peringkat ini mula sedar, company terlalu bergantung pada dirinya.
Kalau owner tak follow up, kerja jadi perlahan.
Kalau owner tak buat keputusan, semua orang tunggu.
Kalau owner tak push, sales mula jatuh.
Kalau owner tak masuk campur, masalah yang sama berulang lagi.
Maksudnya, syarikat memang nampak besar. Tapi dalaman belum betul-betul kuat.
Sebab seluruh bisnes masih bergerak atas KUDRAT SEORANG PEMILIK BISNES.
Nak bincang dengan team, mereka nampak kerja harian saja. Nak bincang dengan kawan, belum tentu mereka faham masalah menguruskan syarikat yang sedang berkembang.
Akhirnya, keputusan yang melibatkan jutaan ringgit, masa depan syarikat dan periuk nasi ramai orang…
OWNER juga yang kena fikir dan tanggung seorang diri.
MASALAH DI LEVEL DIRECTOR INI, TAK SEMUA ORANG FAHAM. TAPI SAYA FAHAM.
Sepanjang lebih 11 tahun membantu business owner, saya dah jumpa macam-macam situasi.
Sales tinggi, tapi untung tak nampak.
Team ramai, tapi output rendah.
Manager ada, tapi belum boleh diharap.
Marketing spend makin besar, tapi hasil makin kecil.
Owner pula dah cuba macam-macam. Tambah staf. Tukar strategi. Buat SOP. Pergi kelas.
Tapi bisnes masih stuck. Bukan sebab owner kurang berusaha atau malas.
Cuma kadang-kadang, terlalu banyak masalah berlaku serentak sampai owner sendiri tak nampak mana satu punca sebenar.
Masalah marketing ke?
Sales ke?
Team ke?
Operation ke?
Atau cara syarikat itu disusun dari awal?
Selagi root cause belum jumpa, owner akan terus sibuk baiki benda yang salah.
Keluar duit. Buang masa. Tukar macam-macam. Tapi bisnes masih dekat tempat yang sama.
Atas sebab itulah saya memilih untuk duduk sendiri bersama 20 business owner terpilih dalam Directors Group Coaching ini.
Saya bukan nak tambah lagi teori dalam kepala anda. Tapi nak bantu anda nampak dengan jelas:
“Apa sebenarnya yang sedang tahan bisnes anda daripada pergi lebih jauh?”
“Dekat mana bottleneck yang buat semua benda masih bergantung pada anda?”
“Dan apa yang paling penting untuk anda betulkan dalam masa 90 hari akan datang?”
Framework Directors Group Coaching
4 Strategic Pillars Business Diagnosis
Dalam program Directors Group Coaching ini, saya sendiri akan mendiagnosis empat bahagian utama bisnes anda.
1
Marketing Diagnosis
Cabaran
Duit iklan makin banyak keluar. Leads yang masuk tak banyak, yang masuk pula susah nak close. Sales masih di angka yang sama.
Diagnosis
Kenal pasti sama ada masalah datang daripada positioning, tawaran, kempen atau kualiti leads.
2
Finance Diagnosis
Cabaran
Sales masuk setiap bulan. Tapi pelik, duit pergi mana? Nak bayar komitmen pun cashflow sentiasa ketat.
Diagnosis
Kenal pasti kebocoran pada pricing, kos operasi, stok, margin atau komitmen syarikat.
3
Operation Diagnosis
Cabaran
Kerja lambat siap, customer complaint berulang, stok selalu bermasalah dan banyak proses masih bergantung pada arahan owner.
Diagnosis
Kenal pasti kelemahan pada workflow, SOP, kawalan kualiti dan proses yang menyebabkan kerja tersangkut atau berlaku pembaziran.
4
People Diagnosis
Cabaran
Team dah ada. SOP pun dah buat. Tetapi keputusan kecil masih perlu tunggu kata putus dari owner. Tanpa campur tangan owner, kerja susah nak jalan.
Diagnosis
Kenal pasti sama ada masalah datang daripada struktur, KPI, capability, leadership atau orang yang salah pada posisi penting.
BUKAN SEMUA MASALAH PERLU DISELESAIKAN SERENTAK.
Daripada 4 Strategic Pillars Business Diagnosis ini, saya akan bantu anda menentukan satu cabaran paling kritikal yang perlu diselesaikan dahulu.
BAGAIMANA SESI INI BERJALAN?
Bawa nombor dan masalah sebenar bisnes.
Bedah melalui 4 Strategic Pillars Business Diagnosis.
Kenal pasti root cause dan blind spot.
Tentukan priority bottleneck.
Bina 90-Day Action Plan.
ANDA AKAN PULANG DENGAN TIGA PERKARA YANG JELAS:
Apa yang perlu diselesaikan.
Siapa yang perlu bertanggungjawab.
Apa yang perlu dicapai dalam 90 hari.
Bisnes anda mungkin belum gagal.
Tetapi selagi bottleneck sebenar tidak dikenal pasti, sales akan terus turun naik, team hilang arah dan duit terus digunakan pada perkara yang salah.
Jadi, berhenti meneka.
KENAL PASTI PUNCANYA. TENTUKAN PRIORITINYA. BINA 90-DAY ACTION PLAN.
Directors Group Coaching
PRIVATE BUSINESS DIAGNOSIS BERSAMA HASBUL ‘AQILL
Tarikh
21 September 2026, Isnin
Masa
9.00 pagi–1.00 tengah hari
Lokasi
Hasbul Brothers Hall, Cyberjaya
APA YANG ANDA AKAN DAPAT DALAM PROGRAM INI?
Sesi diagnosis bisnes selama empat jam.
4 Strategic Pillars Business Diagnosis Framework.
Sehingga 20 minit membentangkan masalah kepada Hasbul ‘Aqill.
Kenal pasti root cause dan priority bottleneck.
Personal Business Diagnosis Report.
90-Day Action Plan.
DIRECTION YANG BETUL BOLEH MENGUBAH SELURUH ARAH BISNES.
Hasbul Brothers telah membantu ratusan pemilik bisnes daripada pelbagai industri mengenal pasti masalah yang selama ini tidak mereka nampak.
Bukan sekadar memberikan idea. Tetapi membantu owner melihat punca, menentukan prioriti dan mengambil tindakan berdasarkan keadaan sebenar bisnes.
Apa Kata Business Owner Yang Pernah Mendapatkan Bimbingan Hasbul Brothers?
Testimoni 1Testimoni 2Testimoni 3
Berapa Nilai Untuk Duduk Dan Diagnosis Bisnes Bersama Hasbul ‘Aqill?
Sesi bersifat personal sebegini bersama saya biasanya bernilai:
RM5,000 UNTUK SATU JAM.
Itu untuk mendapatkan pandangan terus tentang masalah sebenar bisnes anda.
Namun, untuk Directors Group Coaching kali ini, anda akan berada dalam sesi diagnosis selama empat jam bersama Hasbul ‘Aqill.
Anda bukan sekadar duduk mendengar. Anda akan:
Membawa nombor dan masalah sebenar.
Mendapat ruang sehingga 20 minit untuk diagnosis.
Melihat blind spot yang selama ini tidak disedari.
Mengenal pasti bottleneck paling kritikal.
Membina 90-Day Action Plan.
Belajar daripada diagnosis bisnes peserta lain.
NILAI SESI CONSULTATION PERSONAL INI BIASANYA SATU JAM: RM5000.
Tetapi untuk Directors Group Coaching ini, anda tidak perlu membayar RM5000. Bukan RM2000. Bukan juga RM1000.
RM5000RM2000RM1000
YURAN KOMITMEN ANDA HANYA
RM199
Harga ini bukan kerana nilai sesi ini rendah.
RM199 hanyalah yuran komitmen untuk membuka peluang kepada business owner terpilih mendapatkan diagnosis terus daripada saya sendiri dalam kelompok kecil.
SAYA TIDAK MENCARI 200 ATAU 300 PESERTA.
Saya hanya mencari 20 business owner yang:
Mempunyai sales RM100,000 sebulan dan ke atas.
Sudah lama stuck atau sedang berdepan kejatuhan sales.
Sudah mencuba pelbagai strategi tetapi hasil tidak konsisten.
Bersedia membuka nombor dan masalah sebenar.
Mahu menerima pandangan secara terus.
Bersedia melaksanakan tindakan selepas sesi.
Permohonan anda akan dinilai terlebih dahulu.
Hanya pemilik bisnes yang memenuhi kriteria akan menerima akses untuk membuat bayaran.
Program ini sesuai untuk business owner yang lebih selesa berbincang dalam kelompok kecil, bukan seminar yang menghimpunkan ratusan peserta.
Bagaimana proses permohonan dibuat?
Lengkapkan borang permohonan.
Kongsikan tahap sales, jumlah team dan masalah utama bisnes anda.
Team kami akan menilai permohonan.
Kami akan menilai tahap bisnes dan kesesuaian masalah anda dengan sesi ini.
Pemohon terpilih akan dihubungi.
Jika layak, team kami akan menghubungi anda untuk proses pendaftaran.
Sahkan tempat dengan RM199.
Buat bayaran yuran komitmen untuk mengesahkan penyertaan anda.
Berapa Lama Lagi Anda Mahu Membuat Keputusan Secara Cuba-Cuba?
Satu keputusan yang salah boleh menyebabkan anda kehilangan lebih daripada RM199.
Gunakan sesi ini untuk berhenti meneka dan melihat bisnes anda daripada sudut yang lebih jelas.
Isikan borang di bawah jika anda adalah business owner yang saya cari.
Borang Permohonan
Directors Group Coaching bersama Hasbul ‘Aqill. Lengkapkan maklumat anda di bawah.