May 22, 2020

5 Konsep Penting Wajib Faham Untuk Tarik Perhatian Pelanggan

Bayangkan situasi apabila pertama kali seorang pelanggan mengetahui tentang bisnes anda. Kemudian, pelanggan itu mula mengetahui tentang produk yang anda tawarkan dan yakin untuk membuat pembelian pertama dan seterusnya menjadi setia dengan bisnes anda.

Ini merupakan definisi asas kepada konsep yang dinamakan sebagai customer life cycle. Pelanggan akan melalui 5 tahap pengalaman membeli yang berbeza sehingga menjadi pelanggan setia.

Setiap syarikat perlu mempunyai strategi yang berbeza-beza untuk menarik pelanggan dari satu tahap ke satu tahap yang lain sehingga mereka menjadi pelanggan setia yang akan kekal membeli dengan syarikat. Strategi yang betul akan meningkatkan pelanggan setia seterusnya memastikan jualan syarikat terus bertambah.

Namun sekiranya syarikat tidak memahami tentang konsep ini dan gagal menggunakan strategi yang tepat, syarikat tidak mampu untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan dan terpaksa membakar lebih banyak kos pengiklanan untuk menarik pelanggan baru.

#1- Reach

Tahap pertama ialah tahap dimana bakal pelanggan pertama kali mengenali tentang syarikat melalui pemasaran, content marketing dan branding.

Syarikat mula mendapat perhatian dari bakal pelanggan dan proses perkenalan bermula. Namun begitu, ketika tahap ini bakal pelanggan masih belum membeli.

#2- Acquisition

Tahap kedua ialah tahap syarikat mula mendapat kepercayaan dan perhatian serius dari bakal pelanggan. Mereka akan melayari website dan laman FB syarikat untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Setiap bakal pelanggan di tahap ini sudah pasti mempunyai kemahuan dan kehendak tersendiri. Syarikat perlu berada dalam situasi yang mampu memenuhi kemahuan dan kehendak mereka.

#3- Conversion

Pada tahap ini bakal pelanggan sudah bersedia untuk membayar bagi mendapatkan produk atau servis syarikat.

Syarikat tidak seharusnya fokus untuk menjual namun perlu menanam dalam minda pelanggan akan nilai dan manfaat yang mereka akan dapat. Pastikan nilai dan manfaat yang pelanggan dapat melebihi duit yang mereka bayar.

#4- Retention

Setelah pelanggan melakukan pembelian pertama, syarikat perlu memikirkan cara untuk memastikan pelanggan kita melakukan pembelian kedua dan seterusnya.

Syarikat perlu terus menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan memberikan servis lepas jualan (after sales services) supaya pelanggan berpuas hati. Selain itu, syarikat boleh beri diskaun untuk pembelian kedua dan seterusnya.

#5- Loyalty

Matlamat utama syarikat ialah supaya pelanggan terus membuat pembelian kedua, ketiga dan seterusnya. Syarikat dapat mengekalkan pelanggan setia dengan memberikan manfaat tambahan dan layanan istimewa sebagai pelanggan setia.

Pelanggan setia juga akan memperkenalkan syarikat kepada orang lain setelah melalui pengalaman membeli yang terbaik.

Keseluruhan customer life cycle boleh diibaratkan seperti perjalanan sepasang kekasih yang bercinta.

Permulaan perkenalan mesti disusuli dengan sesi suaikenal untuk membina kepercayaan sebelum menjadi kekasih. Kemudian pasangan kekasih perlu sentiasa saling memberi nilai antara satu sama lain sehingga menjadi pasangan yang setia.

May 9, 2022
Cara Nak Sentuh Emosi Pelanggan

1. Ceritakan apa pelanggan boleh dapat dari produk kita. Jangan cerita apa produk kita boleh buat. 2. Biarkan pelanggan sedia ada yang bercakap tentang produk kita. 3. Jangan jadi salesman, berusaha untuk jadi perunding atau konsultan. 4. Ceritakan kenapa anda nak produk anda sampai manfaatnya kepada pelanggan. 5. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana dengan produk anda […]

Read More
May 9, 2022
Kenapa kena buat branding?

1. Memberi makna atau ‘jiwa’ dalam produk atau servis anda.   2. Menentukan harga yang anda boleh jual.   3. Mempengaruhi target market anda untuk membeli.   4. Memberi perspektif dan jangkaan yang tertentu dalam minda pelanggan.   5. Menonjolkan nilai bisnes anda.   6. Buatkan pelanggan setia, rasa connected dan belonging.   7. Ubah […]

Read More
March 10, 2022
5 Step Nak Pujuk Pelanggan Membeli Secara FACE TO FACE!

Pujuk pelanggan adalah proses nak tukarkan sudut pandang mereka dengan sesuatu yang lebih baik.    Jadi, perlu ada taktik yang padu supaya mereka tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan.   Lagi-lagi sekarang anda dalam misi nak ubah apa yang dah dipasakkan dalam mindset mereka.    Jom baca 5 step nak pujuk pelanggan membeli secara […]

Read More
February 8, 2021
Fokus jaga stokist, seller kudap-kudapan ini berjaya 4X gandakan sales

Anak muda ini baru berusia 23 tahun. Dah 3 tahun berniaga handmade chocolate nestum yang diberikan nama Chocotum. Tapi akui beliau, beliau ada perangai ‘bodoh sombong’ dan rasa tak perlu belajar kalau nak buat bisnes. Malah ada mindset kelas bisnes ni semua belajar basic je. Masatu sales produknya, Chocotum kira-kira RM6k-RM9k sebulan pada bulan Ogos […]

Read More
October 23, 2020
Buka Kedai Untuk Bisnes Pertama. Adakah Relevan Untuk Pemain Baru?

Di bandar-bandar utama, kawasan komersial tumbuh di merata tempat. Apabila hampir siap, banner-banner naik di kawasan sekitar menawarkan sewa shoplot-shoplot tersebut. Bisnes yang mana jenamanya sudah kukuh di pasaran, mereka sudah ada SOP ampuh dalam menentukan lokasi untuk dibuka cawangan baru. Jarang sekali apabila mereka buka, operasi di tempat baru itu ditutup dalam masa 12 […]

Read More
October 23, 2020
Main Harga, Persaingan Sihat Atau Tak?

Pelanggan selalu bandingkan harga? Itu normal. Kita sendiri pun selalu buat kan? Contoh paling mudah nak pilih parking. Ada orang lebih sanggup merisikokan kereta dengan parking di tempat tak sepatutnya berbanding keluarkan kos untuk bayar parking. Maka peniaga jangan menggelabah bila tengok pesaing buang harga. Kaji dulu penambahbaikan lain untuk tingkatkan value produk anda.   […]

Read More
Hasbul Brothers Sdn. Bhd.
 Reg: 1188664W
│© 2024. All rights reserved.