14 tahun berkecimpung dalam industri penjualan perfume, wanita ini beranikan diri keluarkan produknya sendiri.
Masa kami coaching one on one yang pertama dengan Puan Bibi beliau masih menjual perfume original reject yang berharga sekitar RM 160 hingga RM 180.
Bila jual perfume original reject ni nak buat iklan pun susah nak lepas dan bila Puan Bibi lihat rentak pelanggan yang nak perfume lebih murah dan berkualiti, dari situ tercetusnya idea untuk hasilkan produknya sendiri.
Lagi membuakkan hasrat Puan Bibi untuk keluarkan produk sendiri bila lihat sales bisnesnya stuck sekitar RM10 ribu sahaja berbulan-bulan. Kami bantu nasihatkan Puan Bibi untuk produk barunya yang dijenamakan sebagai Biebon untuk:
1.Set harga yang munasabah
Puan Bibi datang dengan tester produk barunya yang dah tempuhi proses Research dan Development selama setahun.
Kami selidiki beberapa kos antaranya kos COGS, kos overhead, marketing dan sebagainya. Kami turut bantu juga beliau untuk terus tetapkan harga untuk ejen Biebon.
Jika ada founder yang sedang membaca ni, jika nak tetapkan harga, perlu kaji semua perkara tersebut, bukan hanya nak letak harga murah berbanding pesaing.
2. Jual ‘low entry product’ dulu
Melihat bisnes yang masih baru, kami cadangkan Puan Bibi jual perfume yang bersaiz kecil untuk ‘jenguk-jenguk’ dulu pasaran. Syukur, sampai sekarang produk Biebon yang 20 ml paling hotselling di Biebon.
Bila nak penetrate market baru, pelanggan masih tak kenal kita. Jadi, mereka takut nak invest terus beli botol besar. Mulakan dengan set trial untuk mereka ‘feel’ dulu.
3.Gunakan pengaruh detail-oriented influencer untuk review
Kami tak yakin influencer yang buat servis review produk tapi hanya cakap terbaik dan memang wangi akan memudahkan pelanggan nak buat keputusan dan mempengaruh followers influencer tu untuk cuba Biebon.
Jadi, kami minta Puan Bibi cari infuencer yang detail-oriented atau yang memang kaki perfume yang selayaknya untuk review produk Biebon.
4. Bina tulang belakang Biebon
Selama setahun Biebon di pasaran, kini dah ada 4 kaki tangan yang bantu Puan Bibi uruskan bisnesnya. Jika tiada mereka tak mungkin Puan Bibi dapat buat segalanya seorang diri.
Dua orang menguruskan production, sorang customer service yang uruskan website Biebon dan sorang jaga account Biebon. Keempat-empat ini bukan ahli keluarga Puan Bibi tau. Jika boleh, elakkan mengambil staff dari ahli keluarga sendiri kerana hanya mengundang masalah di kemudian hari.
5.Create konten yang mendidik warm prospek untuk terus beli
Untuk konten Youtube kami nasihatkan Puan Bibi tetapkan satu goal untuk platform itu khas untuk didik warm prospek.
Prospek kelompok ini adalah prospek yang memang tunggu masa nak beli tapi tengah pilih perfume apa yang bersesuai. Jadi, kontennya adalah seperti Perfume Untuk Lelaki Yang Cepat Peluh dan 5 Cara Pilih Perfume Untuk Diri Sendiri.
Kata Puan Bibi, taktik ini buatkan pelanggan yang datang dari YouTube jenis tak banyak tanya dan terus beli melalui WhatsApp.
Daripada sales stuck RM 10 ribu sebulan, sales perfume Biebon mula bertambah hari demi hari dan hingga artikel ini ditulis sales Biebon konsisten RM 50 ribu sebulan sejak Mac 2020 yang lalu.
Ada sesiapa yang baca ni ada impian nak ada jenama perfume sendiri macam Puan Bibi ni?