Sama ada anda baru sahaja membina syarikat startup atau syarikat anda sudah berkembang baik seperti Facebook, mesyuarat adalah salah satu aktiviti tahunan syarikat yang sangat penting. Keputusan keputusan penting yang diputuskan dalam mesyuarat membawa hala tuju syarikat ke arah yang lebih baik serta mencapai target yang mahu dicapai oleh syarikat.
Dalam laman Quora baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) Facebook Sheryl Sandberg mengatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg , telah melakukan tugas yang benar-benar baik bagi meningkatkan kecekapan mesyuarat di Facebook dengan membuat dua perubahan yang simple tetapi sangat memberi impak yang tinggi.
#1- Hantar Bahan Mesyuarat Terlebih Dahulu
Apa yang Mark Zuckerberg buat adalah dengan menghantar bahan-bahan mesyuarat yang berkaitan terlebih dahulu kepada pihak yang akan hadir, sebelum mesyuarat diadakan.
Ia bagi memastikan tempoh masa mesyuarat dapat diisi dengan perbincangan dan penetapan keputusan yang dimahukan. Ada kalanya jika tidak berbuat demikian, ahli mesyuarat tidak tahu hala tuju & pengisian mesyuarat, sehinggakan mereka mungkin merasakan diri mereka tidak perlu hadir kerana tidak tahu apa sebab dan fungsi mereka berada di dalam mesyuarat.
#2- Tetapkan Matlamat Ketika Saat Sebelum Bermulanya Mesyuarat
Mesyuarat yang menghabiskan masa terlalu lama biasanya tidak mempunyai agenda & tujuan yang kukuh. Sebagai usaha bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, Zuckerberg akan memastikan pengurus beliau mengumumkan tujuan & agenda setiap mesyuarat ini dari awal lagi. Setiap kali sebelum mesyuarat , pengurus akan memulakan agenda dengan soalan, “kita di dalam bilik untuk membuat keputusan atau untuk berbincang?”.
Sandberg berkata poster inspirasi digantung di sekitar kampus Facebook yang membawa nilai-nilai inspirasi seperti “Done is Better than Perfect,” “Move Fast and Break Things,” dan “Fortune Favors the Bold.”
Salah satu poster inspirasi kegemaran beliau adalah “Ruthless Prioritization,” yang menjadi penunjuk kepada bagaimana beliau mengurus masa setiap hari & bagaimana syariket mengendalikan mesyuarat dengan baik sekali!