Cerita Kejayaan

Ribuan usahawan telah memberi kepercayaan kepada HasbulBrothers untuk membimbing dalam memulakan perniagaan, menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan perniagaan dan merubah hidup mereka untuk menjadi lebih berjaya.

Puan Afiqah Amnani - Havenbakes
Puan Afiqah Amnani, Havenbakes
“Angka sales biskut raya bulan Februari 2025 RM830,240.00! Sales biasa RM100 ribu lebih sahaja.” 

Bermula dari dapur kecil di rumah, sayalah yang uruskan segalanya seorang diri.

Tempahan raya ketika itu sangat banyak sehingga saya pernah tertidur di depan oven. Masa tu sales seorang diri RM9000 je!

Dengan ilmu bimbingan yang betul, sales raya 2024 naik 100%. Dan paling latest sales raya 2025, bulan Februari sahaja dah capai RM830,240.00!

Jenama Havenbakes ini membesar dengan lajunya dibawah bimbingan Hasbul Brothers. Terima kasih kepada Hasbul Brothers atas kesudian membimbing bisnes yang biasa-biasa ini menjadi luar biasa pada hari ini.

Puan Noraini - Candyta
Puan Noraini, Candyta
“Saya jumpa Hasbul Brothers. Mereka bantu saya perkemaskan SOP, team sales & strategi marketing. Sales setahun dari RM3 juta kini RM17.5 juta apabila bersama Hasbul Brothers.”

Saya tahu, kalau saya tak berubah, bisnes saya walaupun sales juta-juta setiap bulan, takkan ke mana juga. 

Saya jumpa Hasbul Brothers. Mereka bantu saya perkemaskan SOP, team sales & strategi marketing. 

Saya nampak sendiri perubahan besar, warehouse saya lebih tersusun, sales setiap bulan makin naik, dan customer happiness makin baik. Team saya juga lebih fokus sebab masing-masing tahu apa peranan mereka dalam syarikat saya ini.

Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan buat Hasbul Brothers.

“Ingatkan kedai viral, sales RM200K tiap bulan, adalah duit. Sekali nak besarkan kedai tak dapat. Staf mengadu penat. Kini hit sales RM600 ribu, untung pun besar. Terima kasih Hasbul Brothers.”

Masa mula-mula viral, kedai saya penuh setiap hari. Sales cecah RM200 ribu sebulan. Artis datang, influencer review. Tapi pelik, duit tetap tak cukup. Saya beli stok banyak sebab takut makanan habis. Menu pun macam-macam, sebab fikir semua orang nak cuba. Staf pun terpaksa ambil ramai, tapi makin penat.

Lama-lama saya sedar, saya penat urus bisnes, bukan bisnes yang bagi saya untung. Nak renovate kedai pun tak mampu. Sampailah saya jumpa Hasbul Brothers. Mereka betulkan kira-kira saya. Susun balik kos, staf, menu. Dari bulan pertama, saya dah nampak untung!

Disember 2024, saya capai RM600K pertama. Kedai saya sekarang makin sistematik, akaun makin sihat. Terima kasih Hasbul Brothers.

Puan Zamzarina - baby Cakoi
Puan Zamzarina, Baby Cakoi
“Dari 1 outlet, sekarang dah capai 50 outlet Baby Cakoi di seluruh malaysia.  Dulu teruja sales masuk RM500, sekarang berjaya kembangkan ke 50 outlet Baby Cakoi!”

Dulu, saya langsung tak tahu nak buat bisnes. Tapi bila cikgu bisnes cadangkan buat cakoi, saya ikut saja.

Hari pertama jualan RM500, saya teruja! Tapi lepas 3 bulan, rumah saya dah macam kedai makan. Order masuk tak henti, pelanggan makin ramai, kedai mula viral.

Saya mula ambil staf, belajar buat SOP, KPI, dan urus bisnes dengan lebih baik. Semua ini Hasbul Brothers yang ajar. Saya ikut bulat-bulat.

Dari satu cawangan di Melaka, sekarang berjaya dikembangkan ke 50 outlet seluruh Malaysia! Saya juga pelbagaikan sales channel dan bisnes terus berkembang. 

Dulu saya tak percaya boleh berjaya, tapi dengan bimbingan Hasbul Brothers, saya nampak jalan. Saya tak nak cikgu lain, kecuali Hasbul Brothers!

Tuan Das - Das abdul
Tuan Das, Das Abdul Global
“Selepas 33 bulan, sales saya kembali rancak. Hasbul Brothers berjaya bantu ‘pulihkan’ dalaman bisnes DAG.”

Beberapa tahun lepas, saya berada dalam fasa paling mencabar. Jualan merudum, hutang makin bertimbun, nak bayar kos operasi pun struggle. 

Dengan strategi yang betul, jualan DAG melonjak semula, dan yang lebih luar biasa, ia kini boleh cover hampir keseluruhan kos operasi!

Kalau dulu saya hampir tersungkur, hari ini bisnes saya dah kembali kuat dan semakin berkembang. 

Saya bersyukur kerana buat keputusan untuk dapatkan bimbingan Hasbul Brothers. Betul kata orang, kalau nak pergi jauh, kita kena ada mentor yang betul.

Tuan Hasbullah & Puan Nuriah, Hasnuri
Gameplan Hasnuri 2025 lebih berbeza dari tahun sebelum ini. Bangkit lebih luar biasa menguasai kembali pasaran fesyen!  Brand Hasnuri kembali menguasai pasaran, Hasbul Brothers buatkan kami kembali percaya Hasnuri boleh bangkit kembali.

Pernah satu masa, kami fikir Hasnuri dah sampai penghujung. Production kelam-kabut. Akaun TikTok kena block. Sales makin merudum.

Tapi kami tak berhenti. Kami susun semula langkah, betulkan strategi. Dan hasilnya?

Sales kembali melonjak dengan produk baru. Tiada lagi masalah TikTok, tetapi berjaya jadikan platform ini lubuk pelanggan. Bukan itu sahaja. Deisgn kami makin fresh, pelanggan makin jatuh cinta. 

Hari ini, Hasnuri bukan sekadar bertahan. Kami kembali menguasai pasaran! 

Terima kasih Hasbul Brothers, kerana buat kami percaya, bisnes boleh naik semula, kalau tahu caranya!

Puan Puteri Natasha - Helena beauty spa
Puan Puteri Natasha, Helena Beauty Spa
Hampir tersungkur akibat ditikam oleh orang kepercayaan, kini kembali bangkit & hit jualan RM400 ribu sebulan!  Helena Beauty Spa milik Puan Puteri Natasha yang terletak di KL Traders Square ini asalnya bermula di rumah sahaja. Dari sales RM25,000 setiap bulan kini beliau berjaya mencapai pendapatan 6 angka setiap bulan.

Titik terendah saya bila bisnes tengah naik mencanak, almost nak hit ke RM100K, ketika itulah saya ada isu staf. 

Terus sales jatuh sehingga RM25K sahaja sebulan. Sampai tahap saya rasa nak tutup bisnes, nak jaga anak dan jadi suri rumah sahaja. 

Dengan bimbingan Hasbul Brothers, sales saya RM25K sebulan naik kepada RM50K, RM80K dan konsisten meningkat. Sehingga kuarter ketiga 2024, sales hit RM700K tak sampai setahun. 

Strategi marketing dari Tuan Hasbul Brothers dan trainers juga sangat saya hargai. Dari jatuh ke tahap yang paling bawah, Alhamdulillah hari ini banyak perubahan kejayaan buat Helena Beauty Spa.

Puan Syafida - Bellascha
Puan Syafida, Bellascha
Dari berdua dengan adik, kini milik 24 orang staf! Asalnya Puan Syafida menguruskan bisnes telekung solat awning on point ini berdua sahaja dengan adik beliau, kini berjaya miliki 24 staf berkualiti. Sales pula konsisten masuk 6 angka setiap bulan.

“Masa saya banyak terbuang sebab latih staf. End up, staf keluar masuk tak berhenti, saya jadi penat!”
Tapi selepas belajar dengan Hasbul Brothers, barulah saya faham cara dapat staf yang tepat tanpa perlu ulang-ulang proses hiring untuk jawatan yang sama.”

Alhamdulillah, sekarang bisnes saya makin stabil. Staf pula berkualiti, sales juga setiap bulan naik. Sales raya lagilah berganda-ganda naik.

Syukur bertemu Hasbul Brothers. Terima kasih Hasbul Brothers.

Tuan Ahmad Abid - Ahmad Sportrim garage
Tuan Ahmad Abid, Ahmad Sportrim Garage
Berjaya hit RM500,000 pertama setelah tahu ‘winning product!’  Bisnes dulu tersekat RM300K, sekarang dah hit RM500K! 

Teringat masa mula-mula jumpa Hasbul Brothers, masa tu saya ada 2 cawangan, tapi sales tak gerak dari RM300 ribu sebulan. Dah buat macam-macam, tapi hasil tetap sama.

Lepas jumpa Hasbul Brothers, saya sedar yang saya terlepas pandang 2 perkara penting, bagaimana bisnes itu nak maju jika saya buat semua sendiri. 

Dan satu lagi, sebagai pemilik bisnes, saya blur bila ditanya mana produk yang fast & slow moving item. 

Apabila kenal ‘root cause’ sebenar bisnes tak maju, sekarang sales saya stabil. Syukur saya ambil keputusan cari ilmu yang betul. Terima kasih Hasbul Brothers. 

Puan Christine Bilan
Puan Christine Bilan, Luvqis
The Strategist
“Saya pun pernah stuck. Struggle betul saya pada zaman saya tak berguru. Sekarang dah lepas ke RM200,000 sebulan!” 

Tipulah kalau saya tak pernah rasa stuck. Sales sebulan sekitar RM20,000 ke RM30,000 tak stabil, dan saya sendiri keliru dengan arah tuju bisnes.

Tak sangka, apabila saya masuk Hasbul Brothers, bisnes saya bergerak laju. Sebab saya belajar strategi yang tepat. 

Tak sangka apabila saya belajar “fokus”, bisnes saya naik dari RM20,000 je sebulan, dan sekarang sales hit ke RM280,000 sebulan. 

Terima kasih Hasbul Brothers atas bimbingan yang betul. Bisnes saya kini mendaki proses kejayaan. 

Muhammad Irfan, Klinik IR
The Strategist
Dah nampak jalan ke RM100 ribu pertama apabila bersama Hasbul Brothers. Awalnya Tuan Irfan skeptikal habis dengan Hasbul Brothers! Sehinggalah beliau jumpa jalan keluar naikkan sales & kembangkan bisnes Klinik IR milik beliau.

Jika ditanya saya, perlu ke bisnes klinik buat marketing? Dulu, mungkin jawapan saya tidak. Sekarang, dah tentu jawapan saya sangat-sangat perlu! 

Sebab inilah yang saya dapat di Hasbul Brothers. Bisnes semakin berkembang apabila saya sendiri tak lokek dengan bajet dan aktiviti-aktiviti marketing.  

Dulu, saya fikir, jika servis klinik itu bagus, pelanggan akan datang sendiri. Tapi realitinya, sales klinik stagnant, pesakit masa tu makin berkurang. 

Hasbul Brothers ajar saya, sampaikan sekarang saya dah mula nampak jalan ke RM100 ribu pertama saya. Terima kasih Hasbul Brothers.   

Doktor Aziani Syahirah, Klinik Mutiara
The Strategist
Tak sangka Hasbul Brothers berjaya bantu keluarkan Klinik Mutiara dari perangkap ‘stuck’ di tahap yang sama.  Duit tak nampak hujung bulan, sehinggalah Hasbul Brothers bantu ‘bedah siasat’ bisnes milik Puan Aziani ini dari Klinik Mutiara.

Dulu, saya ingat bila pesakit ramai, duit pun mesti cukup. Tapi tiap bulan, duit masuk banyak, tapi cepat ‘ghaib’. Saya cuba kurangkan kos, tambah promosi, tapi tetap tak nampak hasil.

Sehinggalah saya bersama Hasbul Brothers. Mereka ‘bedah’ bisnes saya dan tunjuk di mana silapnya.

Saya mula nampak ‘angka sebenar untung saya’ tiap-tiap bulan. Untung klinik dah tak negatif. Saya lebih yakin, duit tak lagi hilang tanpa jejak, dan paling penting, saya lebih tenang urus bisnes.

Puan Fariza Munir - Halo Gift
Puan Fariza Munir, Halogift
The Strategist
“Fokus ‘high margin item’, bisnes ini kembali menaiki takhta 6 angka setiap bulan.   Asalnya nak tutup bisnes, sekarang dah capai 6 angka setiap bulan!”

Dulu saya hampir putus asa dengan bisnes doorgift ni. Sales bertahun-tahun tersekat di RM30-40 ribu. Paling teruk, tahun 2022 staf resign beramai-ramai. Masa tu saya fikir, mungkin ini masanya untuk berhenti.

Alhamdulillah, dari sales sebulan RM20 ribu, naik ke RM40 ribu, RM70 ribu, dan akhirnya capai 6 angka pertama. Tapi lepas sales naik, datang pula isu cashflow. Sekali lagi saya rujuk Hasbul Brothers, dan mereka tunjukkan strategi “high margin item.”

Terima kasih Hasbul Brothers, kerana bantu saya selamatkan bisnes ini.

Puan Faarhana, The Coffee Department
The Strategist
Hasbul Brothers bantu The Coffee Department naik sales setiap bulan tanpa gagal!   Sales meningkat naik RM1.3 juta pada tahun 2024.

Sebelum bersama Hasbul Brothers, saya selalu je ada masalah menguruskan bisnes saya ini. Sering menghadapi cabaran dalam kos, keuntungan, dan pengurusan pasukan.

Dengan bimbingan Hasbul Brothers, saya strukturkan kos dengan tepat, berani naikkan margin keuntungan, serta rancang strategi marketing dengan lebih awal. 

Hasilnya, apabila saya buka cawangan baru, ianya tak gagal! Menjadi. Sales hit 6 angka setiap bulan tanpa gagal. 

Hasilnya, jualan meningkat kepada lebih RM1.3 juta pada 2024. Kini, saya lebih yakin membawa perniagaan ke tahap seterusnya. Terima kasih Hasbul Brothers. 

Puan Mimi Izzati, Uzma Republic
The Strategist
Jualan tahunan Uzma Republic hit sekitar RM1.2 juta setelah belajar di Hasbul Brothers.  Dulu, sales bisnes abaya ini sekitar RM80 ribu kini melonjak naik RM179 ribu sebulan!

Masalah bisnes saya sebelum ini, sales stuck di tahap sama. Macam-macam saya cuba. Tapi resultnya masih sama. Team saya burnout, engagement menurun, dan jualan tak stabil.

Waktu itulah saya buat keputusan untuk bersama Hasbul Brothers.

Di bawah bimbingan mereka, saya mula ubah kepada yang sepatutnya. Team gembira, syarikat pun berkembang. 

Hasilnya? Jualan yang dulu sekitar RM80 ribu ke RM120 ribu melonjak hingga RM179 ribu sebulan, dan total setahun mencecah RM1.2 juta! Profit lebih stabil, dan saya dah mula ada simpanan untuk bisnes

Alhamdulillah keputusan saya tepat. Terima kasih Hasbul Brothers.

Doktor Mohd Faizal, Regalion Clinic Kepong
The Strategist
Asalnya tewas bersaing, kini Regalion Clinic dah tahu formula untuk sukses dalam bisnes. Regalion Clinic Kepong milik Doktor Mohd Faizal ini asalnya tiada masalah pun dari segi sales. Namun segalanya berubah apabila PKP. Jatuh bangun menguruskan bisnes klinik membuatkan beliau datang jumpa kami, Hasbul Brothers. Kini, kembali hit sales 6 angka setiap bulan.

Sebelum saya jumpa Hasbul Brothers, sales saya cecah RM100 ribu setiap bulan.  

Tapi lepas pandemik. Market berubah. Saya ‘tergelincir’ dari persaingan. Dah cuba buat macam-macam, tapi tetap tak boleh kembalikan sales seperti dulu-dulu.  

Risau saya terlepas ‘chapter’ naikkan sales klinik, saya datang jumpa Hasbul Brothers. Tak sangka, hanya beberapa bulan masalah saya ini selesai. 

Sales saya kembali hit around RM150K ke RM180K setiap bulan. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses mantapkan lagi pengurusan bisnes saya. 

Puan Nurul Nabilah, Bellarista Empire
The Strategist
Dari RM60,000 sebulan, kini Bellarista jenama fesyen ini berjaya hit RM1.6 juta sales raya 2025! Dulu sales stuck RM60,000 je sebulan, profit sikit sangat. Sekarang, sales raya 2025 capai sehingga RM1.6 juta!

Masa mula join Hasbul Brothers, saya memang struggle. Profit nipis, team cuma 3 orang, dan macam-macam dah cuba tapi hasilnya tak seberapa. Lepas ikut bimbingan mereka, saya buat beberapa perubahan besar, antaranya upgrade office, tambah staf dari 3 orang ke 9 orang staf.

Bukan itu sahaja. Hasbul Brothers bantu saya juga naikkan keuntungan bisnes saya.Untung makin besar, dari untung 5%, sekarang dah 10-15%!

Saya juga tak ketinggalan untuk influencer & ads.

Hanya buat perubahan besar ini sahaja, sales bisnes fesyen saya melonjak gila-gila! Dari RM60,000 ke RM350,000 sales bulanan, dan sekarang berjaya capai sales raya RM1.6 juta pertama saya.

Alhamdulillah. Terima kasih Hasbul Brothers.

Tuan Khairol Saifullah, MKS Tyre
The Strategist
“Sebelum bersama Hasbul Brothers, ingatkan sales jual tayar ini tak boleh ke mana. Sekarang, tengah bulan pun ada duit!” Dalam masa dua bulan setengah, sales saya naik ke angka level yang saya idamkan selama ini.

“Rupanya bukan kerja kuat je, tapi perlunya strategi yang betul untuk berjaya dalam bisnes!”

Dulu saya ingat bila stok tayar banyak dan pelanggan ramai, sales confirm naik. Tapi bertahun stuck di level sama walaupun dah buat promosi besar-besaran. Duit habis, penat pun tak berbaloi.

Lepas join Hasbul Brothers, baru saya sedar banyak benda saya buat silap. Saya belajar betulkan harga, mantapkan konten, setting ads dengan strategi yang betul, dan urus stok dengan lebih bijak.

Baru dua bulan setengah, sales terus naik ke angka yang saya impikan. Kerja lebih teratur, duit pun tak putus tengah bulan. Tengah bulan pun ada duit. Terima kasih Hasbul Brothers.

Puan Fiera Zain, Nasi Kukus Maleq
The Strategist
“Saya terkejut kedai ramai orang beli! Dari 2 ekor ayam sehari, kini 35 ekor ayam terjual dalam masa sehari!”  Dari gerai biasa, sehari hanya menggunakan 2 ekor ayam sahaja untuk set nasi kukus yang terjual.

Itulah saya sebelum bertemu Tuan Hasbul Brothers. Sebelum bertemu, jualan saya pada ketika itu tak begitu besar, nak survive tu rasa susah. 

Masa itu, saya buat keputusan untuk belajar bersama Hasbul Brothers. 

Suami terkejut juga ramai tiba-tiba datang kedai. 

“Turning point saya pada tahun 2023, lepas bayar gaji staf, duit dalam akaun tinggal RM5 sahaja. Saya mesti buat something. Saya nekad nak buat bisnes betul-betul.”

“Alhamdulillah. Berkat saya berguru, bulan lepas saya berjaya hit sales RM80,000!” Terima kasih Hasbul Brothers.