Apa perlu buat kalau bisnes stuck?

Apa perlu buat kalau bisnes stuck

Bisnes tengah stuck? Ini tanda untuk ubah strategi, bukan fikir nak jual bisnes! 

Pernah tak rasa dah buat semua, tapi bisnes tetap tak berubah? Malah lagi teruk! 

  • Jualan makin susut.
  • Idea makin kurang.
  • Team nampak lesu dan hilang arah.
  • Diri sendiri pun mula hilang semangat.

Awal-awal dulu, penuh motivasi dan impian besar. Tapi hari ini, semuanya terasa sunyi. Rasa keseorangan menggalas beban yang tak nampak masa depan.  Kalau anda sedang rasa begini, ketahuilah, anda tidak keseorangan.  Ramai pemilik bisnes melalui fasa ini. Ia normal.  Tapi yang tak normal adalah bila anda biarkan diri terlalu lama dalam fasa tersebut.  Kerana bila terlalu lama stuck, bisnes boleh hilang momentum, motivasi dan akhirnya hilang arah tuju secara perlahan-lahan.

Apa punca bisnes boleh tersangkut?

Sebelum kita ubah strategi, kita kena jelas puncanya:

  1. Tiada halatuju yang jelas. Setiap hari sibuk, tapi tak tahu apa yang sebenarnya sedang dibina.
  2. Bisnes dah lama beroperasi, tapi tak berkembang – pelanggan, jualan, dan cabaran bisnes masih di takuk sama.
  3. Duit habis untuk marketing, tapi hasil tak setimpal.
  4. Terlalu bergantung pada satu produk atau satu channel.
  5. Founder sendiri burnout! Penat urus team, penat urus operasi, penat dengan semuanya.

5 strategi ini untuk keluar dari fasa stuck!

  1. Reset fokus: Kembali kepada matlamat asal
    • Ambil masa sehari untuk duduk tenang dan tanya diri 3 soalan penting:
    • Apa yang saya nak capai 12 bulan dari sekarang?
    • Apa produk/servis yang paling menguntungkan dan paling senang dijual?
    • Aktiviti harian mana yang sebenarnya tak beri kesan langsung pada jualan? Bisnes yang fokus akan lebih laju. Yang banyak gangguan akan cepat penat.
  1. Audit bisnes secara objektif.
    • Lihat semula data sebenar bisnes anda:
    • Produk mana yang paling tinggi margin?
    • Kos terbesar datang dari mana?
    • Channel mana yang betul-betul menghasilkan jualan? Contohnya, kalau anda post content setiap hari tapi tiada jualan dari situ, mungkin masa lebih berbaloi untuk fokus pada whatsapp follow-up atau ads yang lebih terukur.
  1. Dengar pelanggan, bukan rasa sendiri.
    • Ramai founder stuck sebab overthinking. Tapi jawapan sebenar sentiasa datang dari pelanggan.
    • Tanya mereka:
      • Apa yang buat mereka pilih anda?
      • Apa yang mereka suka dan tak suka?
      • Apa yang mendorong mereka untuk ulang beli?
    • Maklumat ini sangat bernilai untuk bantu refine offer dan strategi marketing anda.
  1. Cari circle yang lebih laju!
    • Growth datang daripada environment yang betul.
    • Kalau circle anda sekarang semuanya tengah “down”, anda akan terbawa sama.
    • Join circle founder yang aktif belajar dan berkembang. Sertai program, coaching atau sesi mentoring.
    • Kadang satu insight sahaja cukup untuk ubah halatuju bisnes anda.
  1. Automate dan delegate.
    • Jangan cuba buat semua benda sendiri. Start kecil:
    • Automate sistem reply pelanggan.
    • Hire freelancer atau part-timer untuk urus content atau admin.
    • Gunakan CRM untuk track leads dan follow-up.

Semakin anda delegate, semakin anda ada ruang untuk fikir dan bertindak sebagai seorang pemimpin, bukan pekerja dalam bisnes sendiri.

Bila stuck, itu tanda untuk naik level! Fasa stuck bukan penamat. Ia signal untuk naik ke fasa seterusnya. Tapi hanya berlaku bila anda ambil masa untuk refleksi dan betulkan strategi.  Ingat, bisnes bukan sprint. Ia maraton yang perlukan nafas panjang, strategi yang jelas dan semangat yang sentiasa diperbaharui. Kalau anda tengah stuck, itu bukan tanda anda gagal. Itu tanda anda perlu grow.

Mulakan dengan satu langkah. Hari ini. Boleh?