fbpx

7 Strategi Pemasaran Syarikat Apple Yang Anda Boleh Tiru Untuk Bisnes Anda

Pernahkah anda melihat atau mendengar jenama yang benar-benar berjaya di pasaran, dan pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ke peringkat global?

Apple merupakan satu jenama yang kita boleh lihat berjaya sehingga dapat menarik orang ramai untuk membelinya. Pada tahun 2004 sehingga 2014, apa yang kita boleh lihat adalah satu pencapaian yang amat luar biasa bagi syarikat ini.

Ini kerana, mereka berjaya mendapatkan jumlah pendapatan yang sangat tinggi dari 8 billion sehingga 180 billion. Satu pencapaian yang patut di banggakan.

Sehingga kini, kejayaan yang dimiliki oleh Apple bukan sahaja pada keuntungan yang mereka perolehi. Malah ada juga pesaing di luar sana yang cuba untuk mengkritik beberapa produk yang mereka pasarkan. Seperti, iPhone, iPad dan juga Ipod.

Apple juga mencipta sesuatu produk yang membuatkan orang ramai sanggup beratur berjam-jam di hadapan banggunan mereka, demi mendapatkan produk yang diinginkan.

Selain dari itu, memandangkan zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi kini, Apple juga berjaya menarik hati pengguna dengan mencipta produk yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan. Antara sebab -sebab di sebalik kejayaan Apple adalah, mereka mengekalkan reka bentuk dan utiliti.

Dalam artikel ini juga menerangkan kepada anda beberapa strategi pemasaran yang boleh anda gunakan :

#1 – Fikirkan Bagaimana Cara Untuk Iklan Produk

Ramai orang berfikir, untuk meningkatkan hasil jualan kita perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk iklankan produk di sosial media seperti Facebook, malah di Google juga.

Tetapi berbeza pula bagi Apple, mereka  menggunakan dua strategi yang berbeza iaitu, penempatan produk, dengan menggunakan selebreti dalam rancangan popular dan buzz yang dicipta oleh ulasan dalam media.

Usahawan di luar sana juga boleh menggunakan pendekatan ini untuk berjaya seperti Apple. Jika anda bijak untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli, mereka akan tertarik dengan setiap pemasaran yang anda lakukan.

Dengan ini, akan mewujudkan pelanggan yang setia dengan produk anda. Justeru sekiranya mereka berpuas hati dengan produk tersebut, mereka mungkin akan menceritakan pengalaman tersebut kepada orang ramai.

Salah satu cara rahsia kejayaan Apple adalah, mereka menawarkan perkhidmatan percuma kepada pelanggan untuk mendapatkan beberapa kesan positif daripada pengguna.

#2 – Elakkan Persaingan Harga

Ramai usahawan percaya bahawa, mereka perlu bersaing dengan harga. Tidak dinafikan, kenyataan ini ada betulnya. Namun, tanpa mereka ketahui, dengan persaingan harga mampu menjejaskan perniagaan anda.

Bagi Apple, persaingan harga ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Namun, apa yang Apple lakukan adalah dengan memberi tumpuan kepada UVP (Unique value proposition). Mereka sentiasa berfikir di luar kotak untuk mendapatkan hasil yang baik.

Justeru, Apple lebih memberi tumpuan kepada produk mereka, bukan pada pesaing. Yakni, mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk  menarik perhatian pelanggan yang bakal menggunakan produk mereka. Tidak kira apa jua perniagaan yang anda lakukan, anda juga boleh menggunakan strategi yang sama.

Anda juga boleh mengambil contoh seperti apa yang Apple lakukan. Antaranya adalah, mereka menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berbeza kepada pelanggan.

Contohnya, memberikan peluang kepada pelanggan itu sendiri untuk mencuba dahulu produk tersebut. Komputer riba mereka juga menawarkan skrin yang lebih besar dengan harga yang lebih tinggi.

#3 – Lakukan Pemasaran Dan Produk Yang Mudah Digunakan

Oleh kerana teknologi yang sedang meningkat naik, Apple amat memahami kehendak pelanggan mereka. Mereka mengurangkan kekeliruan kepada pengguna yang menggunakan laman web dan menggunakan ayat-ayat yang mudah di fahami serta, dapat menarik perhatian pembaca.

Pendekatan yang mereka lakukan ini dapat membantu mereka melakukan pemasaran dengan baik, malah menghasilkan produk yang mudah digunakan oleh pengguna.

Mereka juga menggunakan falsafah seperti “lebih mudah digunakan, maka produk itu akan lebih baik”. Apple juga sentiasa ingin memudahkan pelanggan mereka dengan mengeluarkan produk yang mudah digunakan dan tidak memaksa mereka dengan banyak pilihan.

#4 – Kenal Pelanggan Anda Dan Sentiasa Memahami Kehendak Mereka

Setiap produk yang di paparkan di dalam website, sudah tertulis segala butiran dan spesifikasi bagi memudahkan pelanggan mengakses web tersebut. Ini adalah kerana, Apple sentiasa memahami kehendak pelanggan dan ingin mengenali mereka.

Apple sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun pendapat, mereka sering  menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelanggan.

Ini juga dapat merapatkan hubungan di antara penjual dan pembeli serta, dapat membuatkan pelanggan lebih selesa untuk berinteraksi. Oleh itu, pelanggan tidak akan mudah rasa diabaikan apabila mereka memerlukan pertolongan mahupun pendapat.

#5 – Rekabentuk Mengikut Pengalaman Pelanggan

Pengalaman yang dimaksud kan disini adalah, dari segi aspek proses pembelian, membandingkan versi produk yang berbeza dan mencuba produk yang di sediakan di kedai tersebut.

Setiap produk baru yang dikeluarkan memerlukan ketelitian yang lebih  bagi menghasilkan satu produk yang berkualiti.

Apple juga sanggup menghabiskan jumlah wang yang besar untuk sesuatu produk, serta bagi menguji ketahanan dan reka bentuk. Mereka lakukan sedemikian kerana, ingin memastikan apa yang pelanggan lihat dan bayar, berbaloi dengan apa yang mereka dapat.

Selain daripada itu, Apple juga amat teliti tentang rekabentuk di dalam kedai yang dapat menarik perhatian orang ramai, serta dapat membangkitkan keinginan membeli mahupun mencuba produk yang disediakan.

#6 – Tetapkan Emosi Pelanggan Anda

Emosi adalah kunci kepada kejayaan dalam pemasaran. Jika anda bijak membuat sesuatu iklan seperti video yang dapat meningkat emosi pelanggan  untuk membeli produk anda, ini bermakna anda telah berjaya menarik perhatian dan emosi mereka.

Selain itu, kandungan iklan yang positif lebih cenderung untuk membuatkan orang ramai rasa emosi berbanding dengan kandungan yang negatif. Begitu juga dengan emosi yang positif dapat melahirkan tindak balas yang kukuh berbanding negatif.

#7 – Bina Komuniti Pengguna Atau Pelanggan

Setelah beberapa tahun, Apple telah mencipta suatu produk yang amat luar biasa, serta dapat menarik orang ramai untuk menggunakan produk mereka. Apple juga telah menghasilkan jenama yang dapat menandingi banyak pesaing dan sentiasa mudah mesra dengan pelanggan. Ini membuatkan pelanggan mahu tergolong dalam komuniti tersebut.

Apple juga bijak membuat pelanggan percaya bahawa, produk mereka mampu memuaskan hati pelanggan serta, membina komuniti pengguna yang setia kepada produk yang mereka gunakan.

Secara kesimpulannya, salah satu cara untuk anda berjaya dalam perniagaan, jadikan orang yang berjaya sebagai  contoh atau mentor untuk anda lebih kehadapan dan berjaya seperti mereka. Apple sering di jadikan contoh oleh produk pintar lain untuk mereka berjaya.

Yang paling penting, sentiasa berfikiran kreatif untuk menghasilkan produk yang kualiti sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Anda juga boleh belajar daripada pesaing anda. Lihat apa yang mereka lakukan, dan sentiasa praktikan untuk  melaksanakan sesuatu produk dan membuat pemasaran sendiri.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!