fbpx

7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang

Kita semua ada pilihan. Kita boleh pilih nak bergaya, nak melancong satu dunia, nak nampak bergaya sekarang, tetapi kena kerja sampai mati untuk bayar hutang. Atau kita boleh pilih untuk nampak miskin, tidak bergaya, hidup biasa-biasa tetapi cari ilmu dan melabur secara bijak serta cari ilmu hartanah.

 

Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang. Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 tahun.

Kalau nak senang lepas 5-10 tahun, anda kena mula merancang dan melabur dari sekarang. Antara penyebab anak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang. Sebut sahaja tentang hutang, setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang. Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri.

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada anda, manakala hutang jahat pula memberi aliran wang negatif. Semua orang pernah berhutang, bagaimana anda kawal hutang tu akan memberi kesan kepada kewangan anda. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sebagai hutang positif.

Antara 7 langkah untuk menangani hutang :

#1 –  Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya.

#2 –  Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang ada anda. Kalau boleh tampal dalam bilik atau letak dalam telefon. Kalau teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang dah berlambak.

#3 – Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi

Kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

 

#4 – Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, tak ada salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang. Jadi, berubahlah dan berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal. Minum sahaja air masak. Hilang dahaga juga. Setkan dalam minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

#5 – Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. Dapat bonus simpan dalam tu. Dapat komisen bayar hutang. Bila dapat gaji, pastikan ada bahagian untuk bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit dulu.

#6 – Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

 

#7 – Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan anda jual barang, anda tolong promote. Kawan anda pulak promote barang anda. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan. Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.

***

Ada orang gaji 4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji 2 ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Jika anda gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna juga. Mentaliti kena mantap dulu.

Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu anda menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.

 

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Sekarang ni hutang tertunggak buatkan anda tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi hutang berlambak. Sebabnya, anda mampu tengok sahaja rumah-rumah tersebut. CCRIS pun teruk. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.

Padahal anda yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, dan DSLR.

Selepas ini, muhasabah sekejap diri tu. Kalau anda hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan duduk diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Selepas itu, bila masa  nak simpan duit untuk deposit rumahnya?

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!