7 Cara Berkesan Untuk Bangun Awal & Tingkatkan Produktiviti Kerja Setiap Hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Ada beberapa perkara mengapa anda perlu bangun awal pada setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xerox Ursula Burns, pengasas dari Virgin Group Richard Branson, beliau mengatakan bahawa jika anda bangun sebelum terbitnya matahari pada setiap hari anda mempunyai masa yang lebih produktif berbanding orang yang sering bangun lewat.

Malah, anda juga mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman untuk mendapatkan badan yang cergas dan otak yang sihat. Malangnya, untuk menjadikan ianya sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Di bawah adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan :

#1 – Ada Matlamat Yang Ingin Dituju

Setiap pagi ketika bangun dari tidur, tetapkan dalam diri  bahawa anda ingin berjaya dan ada matlamat yang ingin dituju. Dengan ini anda akan merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan.

Jadikan waktu pagi sebagai waktu untuk kita berasa teruja untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, hari anda akan menjadi sia-sia dengan hanya tidur sepanjang hari. Itulah yang dikatakan oleh Paul DeJoe seorang usahawan yang berjaya.

 

DeJoe berkata lagi, jadikan kebiasaan pada waktu malam dengan menulis perkara yang anda ingin lakukan pada keesokan paginya. Dengan ini, minda sudah diset untuk menyelesaikan beberapa perkara penting pada setiap hari.

Mengambil sarapan pagi juga amat penting untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Dengan megambil makanan yang penuh berkhasiat, anda juga lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Pelbagai perkara  menarik yang boleh anda lakukan sepanjang hari seperti, dengan membaca buku, dan melakukan senaman.

#2 – Tetapkan Waktu Tidur

Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa tidur yang mencukupi dapat membuatkan kita cenderung untuk bangun dengan lebih awal. Tidur yang mencukupi sekitar 8 sehingga 9 jam sehari dapat mengekalkan kecergasan dalam diri.

Untuk mereka yang sukar mendapatkan tidur yang sempurna, jam penggera adalah amat penting untuk anda menetapkan masa pada waktu bila untuk anda bangun dari tidur. Ianya mungkin dapat membantu dan lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dalam diri.

#3 – Minum Segelas Air Sebelum Tidur

Pengguna Quora mengesyorkan bahawa, dengan minum segelas air sebelum tidur dapat membuatkan anda lebih bertenaga pada esok harinya.

 

Menurut penulis, beliau telah mengamalkan perkara ini pada setiap hari dengan minum 300ml sebelum tidur dapat membuatkan beliau lebih mudah untuk bangun pagi.

#4 – Jadikan Rutin Waktu Malam Adalah Perkara Yang Menyeronokkan

Satu cara untuk menjadikan waktu malam adalah perkara yang menyeronokkan ialah, dengan melakukan beberapa aktiviti seperti membaca buku, dan sebagainya. Dengan cara ini juga mudah untuk membuatkan anda merasa lebih mengantuk pada awal waktu.

Simon Haestoe telah berkongsi pengalamanya selama ini “Selama 15 tahun saya sukar untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Hampir setiap hari saya akan tidur lewat di malam hari kerana sentiasa mencari waktu yang menarik untuk di lakukan”.

Namun, Simon menyedari bahawa banyak aktiviti yang beliau boleh lakukan pada waktu malam seperti menonton filem, mendengar muzik dan sebagainya. Aktiviti ini juga amat membantu untuk membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam.

#5 – Jangan Tidur Berlebihan

Sekiranya anda kurang mendapatkan tidur pada awal waktu, kemungkinan untuk anda bangun pada awal pagi adalah amat sukar.

 

Kajian mendapati bahawa, tidur yang berlebihan akan membuatkan badan anda menjadi lesu. Ini kerana, waktu tidur yang berlebihan boleh menukar waktu tidur normal anda.

Jeff Smith menceritakan pengalaman beliau bahawa, selama 4 bulan beliau mengalami masalah tidur. Oleh kerana masalah itu sering terjadi, disebabkan itulah dia sering bangun lewat dan akan mengakibatkan tidur yang berlebihan.

Untuk mengelakkan masalah ini sering berlaku, penting untuk anda tahu berapa jumlah waktu tidur badan anda perlukan dalam sehari. Jangan sesekali tidur yang berlebihan walaupun di hujung minggu,

#6 – Lakukan Aktiviti Di Waktu Pagi

Menurut Anita Singh, beliau telah mengamalkan aktiviti yoga seawal jam 6 pagi. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa aktviti di awal pagi, komitmen dan disiplin yang tinggi amat penting. Mungkin ini juga dapat membantu anda untuk lebih bersemangat menunggu hari-hari yang akan datang.

#7 – Mengambil Tanggungjawab Mengejutkan Orang Lain

Mungkin tip ini amat berguna untuk anda cuba. Beritahu kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda bahawa anda akan mengejutkan mereka pada waktu yang sepatutnya. Tip ini juga membuatkan anda lebih rasa bertanggungjawab dan akan lebih mudah untuk bangun pada awal waktu. Selain dari itu, anda tidak akan mensia-sia kan waktu yang ada dengan hanya tidur sepanjang hari.

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!