fbpx

5 Kelebihan Database Pelanggan

Database pelanggan merupakan perkara yang sangat penting kepada setiap bisnes untuk memastikan bisnes dapat terus berkembang dengan lebih laju.

Database pelanggan ialah info-info berkaitan kesemua pelanggan yang telah membuat pembelian. Info ini perlu dikumpulkan dan dianalisa untuk digunakan oleh syarikat.

#1– Syarikat boleh mendapatkan maklumbalas dari pelanggan berkenaan produk atau servis yang mereka tawarkan. Maklumbalas positif boleh dijadikan sebagai testimoni dan maklumbalas negatif boleh diambil tindakan untuk penambahbaikan kualiti produk atau servis.

#2– Syarikat dapat mengenalpasti profil pelanggan yang paling ramai membeli dengan nilai transaksi yang tinggi. Dengan cara ini syarikat boleh lebih fokus dalam strategi pengiklanan dan pemasaran kepada kumpulan sasaran tertentu.

#3– Syarikat dapat memberikan servis khidmat pelanggan yang lebih baik berdasarkan rekod pelanggan setiap individu seperti rekod pembelian dan maklumbalas pelanggan. Pelanggan yang gembira akan meningkatkan lagi pendapatan syarikat.

#4– Syarikat dapat membuat follow up dan pengiklanan semula kepada bakal pelanggan yang belum membeli. Mereka yang pernah komen dan hubungi syarikat tapi belum membeli sudah pasti mempunyai niat untuk membeli berbanding iklan kepada umum.

#5– Syarikat dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan dengan memberikan tawaran diskaun kepada pelanggan setia, kupon diskaun selepas setiap pembelian, mata ganjaran dan lain lagi.

Database pelanggan akan membuatkan pelanggan menjadi lebih setia dengan syarikat. Ini dapat mengurangkan kos pengiklanan kerana pelanggan yang pernah membeli dan berpuas hati dengan produk atau servis lebih senang untuk membeli berbanding pelanggan baru.

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!