fbpx

Baca Kisah Founder Ini Yang Tak Terkilan Tamatkan Khidmat Top Stokistnya Sebab… 

Menjadi seorang founder produk yang menjaga ramai stokist, ejen dan staff diakui tak mudah. Kadang-kala terfikir juga urus bisnes sorang-sorang dulu memang penat tapi lagi penat bila uruskan manusia ni, lagi sakit kepala. Macam-macam perangai bila macam-macam manusia masuk ke company kita ni. Tanpa staff susah pula bisnes kita nak berkembang. 

Top sales giat sebarkan pengaruh negatif

Mesti ramai usahawan yang macam Tuan Hafizzul ni kan. Pernah satu ketika beliau ada isu dengan top stokist atau top sales yang ada 100 ejen. Top stokist itu tak buat sales hingga 6 bulan lamanya tapi asyik merekrut stokist yang lain untuk jual produk pesaing. Hendak ditamatkan khidmat sayang pula, tapi selepas kami nasihat beliau, Tuan Hafizzul tak terkilan untuk tamatkan perkhidmatan top stokist tu sebab nak ‘beli’ persekitaran positif di dalam company.

Bila dah tamatkan perkhidmatan top stokist tu sudah pastilah ejennya turut sama berhenti. Diakui memang agak rugi tapi tiada tolok bandingan berbanding persekitaran yang sihat atau positif di dalam sesebuah syarikat. 

Persekitaran posifitif sangat bantu untuk tingkatkan produktivi setiap ahli pasukan dalam sesebuah syarikat untuk fokus bekerja untuk capai target dan bukan terpengaruh dengan perkara negatif yang akan merudumkan prestasi kerja. 

Lepas kejadian itu, Tuan Hafizzul ambil langkah-langkah pengurusan sumber manusia yang betul dengan bantuan nasihat kami untuk mencari talent yang betul-betul sesuai untuk company beliau, antaranya adalah: 

Asah bakat pekerja

Tuan Hafizzul ada seorang staff yang pada awalnya sangat naif hinggakan tak reti nak shut down komputer. Asalnya, staff itu buat kerja-kerja operasi tapi selepas setahun diasah bakat, sekarang staff itu dah mahir menggunakan komputer. Dengan sikap yang ingin belajar dan sanggup belajar, bakat pekerja boleh diasah jika mereka diberi peluang. 

PPro55575853-2620466621304122-1029841902410661888-o

Produk bayi jenama Youbaby yang diusahakan oleh Tuan Hafizzul

Cara interview yang betul

Sebelum ini, Tuan Hafizzul beranggapan kalau ada orang yang sudi datang interview ke syarikat beliau, mereka memang minat nak bekerja, jadi beliau terus ambil tanpa berfikir-fikir lagi. Selepas dah belajar, beliau mula cari talent yang betul-betul sesuai dengan posisi yang ditawarkan dengan mulakan langkah dengan ujian personaliti, pengalaman kerja dan ujian untuk tawarkan jawatan yang tepat. 

Cara nak handle manusia

Dulu, akui Tuan Hafizzul beliau tak tahu urusan nak hentikan pekerja, pernah saja beliau hentikan pekerja dengan notis 24jam. Itu yang buatkan staff beliau marah dan memberontak. Bila dah dibimbing, baru beliau tahu dan lakukan prosedur yang betul untuk proses pemberhentian pekerja. 

 

78636366-3199510590066386-5394494046355849216-oTuan Hafizzul join event untuk promosikan produknya, Youbaby
 

Bila dah pandai uruskan manusia….

Alhamdulillah, selepas perbaiki urusan pengurusan manusia ni sales bisnes beliau terus berkembang dengan baik. Sejak April hingga Jun 2020, syarikat Tuan Hafizzul dah capai sales RM104 ribu, RM 98 ribu dan RM 126 ribu berbanding jualan sebelum ini sekadar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. 

Kesimpulannya, majikan di luar sana tak usah risau nak buang pekerja yang bermasalah meskipun mereka perform di mata anda, kerana pengakhirannya, kelakuan mereka yang akan merungkaikan segalanya. Sedarlah, sikap yang positif yang akan membantu bangunkan syarikat bukan hanya sekadar prestasi kerja semata-mata.

Mungkin ramai usahawan yang dah bersabar lama dengan kelakuan staff mereka yang bermasalah, jadi fikirkan semula adakah ianya benar-benar berbaloi jika difikirkan untung syarikat semata-mata tanpa fikirkan nasib staff yang lain? Ingat, staff anda berhak untuk dapatkan persekitaran positif untuk bantu tingkatkan prestasi kerja mereka.

 

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!