fbpx

Sibuk Upgrade Lifestyle Hingga Tak Pedulikan Simpanan Cash Syarikat

“Nak tahu bisnes tu sihat atau tak, lihat pada jumlah simpanan cash yang syarikat tu ada” – Tuan Hasbul ‘Ariff

Kata-kata yang beri tamparan yang hebat kepada Tuan Syubhana ketika hadir ke seminar Grow Your Business pada November 2019 di Sungai Petani. 

Beliau tak pedulikan wang simpanan syarikat ketika itu, beliau lebih asyik belanjakan wang untuk upgrade lifestyle tanpa sedar itulah tabiat yang beri petanda bisnes bakal nazak. 

Tak buang masa lagi, beliau yang dahagakan ilmu dan tak sanggup lagi buat silap terus join The Protege pada masa yang sama. 

Tujuan sebenar beliau ke seminar tersebut sebab jumlah sales stuck sekitar RM50 ribu hingga RM 60 ribu sahaja, ingatkan ada masalah marketing tapi masalah lain juga boleh ganggu sales syarikat. Beliau akui seminar itu buatkan beliau terbuka mata seluas-luasnya.

Selepas kami nasihat, ini antara perubahan yang dilakukan Tuan Syubhana yang dah bantu naikkan sales beliau secara konsisten RM100 ribu ++ sebulan pada bulan April, May dan Jun tahun 2020:

Perbaiki Customer Journey

Tuan Syubhana fokus mencari pelanggan baru melalui iklan hingga lupa untuk menjaga pelanggan lama. Lepas belajar, beliau dah jelas pelanggan yang sudi membeli sangat bernilai dan perlu ‘dibelai’. Kami bantu Tuan Syubhana untuk jaga pelanggan sedia ada sebagai sumber iklan percuma dalam modul ‘Memorable Customer Experience Strategies’

Pilih staff yang berkualiti

Bermula dengan 4 orang staff kini staff Tuan Syubhana dah berkembang seramai 7 orang. Trick yang bantu beliau untuk cari staff yang benar-benar berkualiti adalah dengan buat roleplay untuk tugasan yang bakal diberikan ketika sesi temuduga. Dari situ, majikan dapat menilai dengan lebih dalam sama ada posisi yang nak ditawarkan itu bersesuaian atau tidak dengan calon staff. 

Cash reserved 

Dari tak pedulikan pengurusan kewangan syarikat, kini Tuan Syubhana dah berubah dan mula bina simpanan syarikat. Hingga kini, simpanan yang terkumpul dah capai RM 50 ribu. InshaAllah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Bagaimana taraf kesihatan bisnes anda pula? Sihat ke nazak? Nak tahu senang sahaja, berapa jumlah simpanan cash syarikat anda yang terkumpul sekarang?

 

Leave a Reply

Langkah Tepat Untuk Scale-Up Bisnes Anda 10x Ganda!

Nak belajar formula ‘business growth’ (bukan motivasi), dan rahsia kejayaan membina jenama yang bertahan lama? Daftar sebagai VIP Hasbul Brothers untuk terima newsletter bersiri bernilai 4 angka secara PERCUMA!