Melakukan kerja seharian di pejabat akan menyebabkan kita akan merasa mudah bosan oleh kerana persekitaran yang kurang menarik perhatian. Kini, anda tidak perlu lagi risau tentang masalah tersebut. Tahukah anda terdapat beberapa tempat kerja yang mempunyai persekitaran yang menarik yang berada di lembah Klang.
Di bawah ini terdapat beberapa tempat kerja yang menyediakan ruang bekerja yang terbaik serta membuatkan kita rasa lebih selesa.
#1 – White Space
White Space adalah satu tempat di mana sesuai buat mereka yang mementingkan privasi semasa melakukan kerja seperti, golongan korporat. White Space juga mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Klang dan pada setiap lokasi, terdapat perbezaan dari segi ruang, reka bentuk, dan juga fungsi. Antara 4 lokasi tersebut adalah, Bangsar, Solaris Mont Kiara, Puchong dan juga Qliq Damansara.
Bagi cawangan di Bangsar, mereka menyediakan kerusi hitam dan meja yang panjang amat sesuai untuk melakukan kerja. Jika anda ingin melakukan mesyuarat kecil tetapi memerlukan lokasi yang lebih privasi, anda boleh memilih untuk ke Solaris Mont Kiara.
Di mana, mereka juga mempunyai kawasan yang amat selesa untuk anda merehatkan minda sambil menonton televisyen yang turut disediakan.
Selain dari itu, jika anda inginkan suasana yang lebih kasual dan pemandangan yang lebih berwarna warni di Qliq Damansara adalah pilihan yang terbaik. Lokasi ini juga memberikan anda ketenangan serta dapat mewujudkan idea-idea yang kreatif dan dapat mengurangkan tekanan kerja.
Manakala, buat mereka yang mempunyai syarikat yang besar, cawangan di Puchong adalah lokasi yang lebih sesuai. Ini kerana, mereka menyediakan bilik eksekutif untuk bermesyuarat dan melakukan perbincangan.
#2 – Impact Hub
Impact Hub merupakan ruang bekerja yang sesuai buat anda yang mementingkan suasana kerja yang segar serta, kerap menjadi tuan rumah dalam pelbagai majlis. Lokasi ini juga sangat memberikan inspirasi buat mereka ini kerana, Galeri Impact mempamerkan kepada mereka kerja-kerja seperti usahawan sosial, pereka dan juga artis.
Apabila anda memasuki ruang masuk di lokasi ini, anda akan dapat melihat suasana dan persekitaran yang berwarna-warni. Tujuannya adalah untuk sentiasa memberi inspirasi buat mereka yang hadir ke Impact Hub dan akan mencetuskan kreativiti kepada mereka yang memilih untuk bekerja di lokasi tersebut.
Ruang bekerja yang disediakan memberikan kemudahan buat mereka yang datang ke situ. Anda boleh memilih mana-mana ruang yang selesa untuk anda melakukan kerja, mesyuarat ataupun sebagainya.
#3 – Fluent Space
Fluent Space merupakan tuan rumah kepada dua lokasi iaitu, yang bertempat di Plaza Taragon dan kedua di TTDI. Di TTDI, lokasi ni lebih tertumpu kepada ruangan yang kreatif dan mempunyai sifat yang memberi sumber insprasi buat anda.
Lokasi ini juga mempunyai beberapa penyewa utama termasuk B.L.A.M dan juga The Weeknd. Selain mempunyai ruang kerja yang kreatif, fluent space juga mempunyai kawasan yang lengkap dengan pokok serta kawasan yang serba kehijauan. Perserkitaran yang nyaman ini juga dapat memberikan mereka fikiran yang tenang.
Ruang kerja ini juga menawarkan bilik mesyuarat atau bilik persidangan dan juga beberapa acara yang dilakukan.
Salah satu kemudahan yang disediakan adalah, mereka bebas untuk menggunakan alat-alat yang terdapat di situ, tetapi haruslah tertakluk kepada peraturan yang disediakan. Skrin projektor dan juga perkhidmatan percetakan akan disediakan jika terdapat beberapa permintaan daripada pelanggan mereka.
#4 – Makespace
Makespace menggambarkan diri mereka sebagai sebuah taman permainan. Ini kerana, ruang yang disediakan dapat mewujudkan keseronokkan ketika bekerja. Selain itu, mereka juga menyediakan ruang buat mereka yang ingin membuat bengkel tarian, ceramah dan juga beberapa bengkel yang lain.
Oleh kerana mempunyai ruang yang lebih luas, Makespace adalah satu lokasi yang amat sesuai buat syarikat-syarikat yang lebih besar untuk melakukan mesyuarat ataupun sebagainya.
#5 – Paper + Toast
Paper +Toast yang terletak di bangunan MaGIC mempunyai konsep mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai bilik mesyuarat yang disediakan. Sesuai dengan namanya sendiri, mereka juga ada menyediakan pelbagai makanan dan minuman mengikut citarasa masing-masing. Antara syarikat yang telah mencuba di lokasi ini adalah, Petronas dan juga Hong Leong.
Manakala, Paper + Toast juga amat sesuai buat bakal usahawan yang masih tidak mempunyai ruang pejabat mereka sendiri. Tetapi, mereka mempunyai impian untuk membuka perniagaan dan menempa nama mereka sendiri.
#6 – The Co.
Ruang bekerja yang seterunya adalah The Co. pada dasarnya ianya adalah sebuah banglo dan sudah ditukar kepada ruang kerja. Beberapa acara yang diadakan adalah, majlis bersama ahli korporat dan teknologi ataupun beberapa aktiviti yang dapat menyihatkan badan sepeti kelas yoga. Sebahagian syarikat yang telah bermula di lokasi ini adalah Zomato dan ServisHero.
Salah satu ruang yang agak menonjol di sini adalah, anda boleh bekerja sambil duduk di tingkap sambil menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang memberi keselesaan.
#7 – The Canvas Network
The Canvas Network adalah satu ruang dimana anda boleh bermain sambil melakukan kerja. Lokasi ini juga amat kreatif bagi membentuk persekitaran yang produktif antaranya adalah, mereka menggunakan paip sebagai satu hiasan dalaman. Malah, mereka juga menyediakan alat permainan sebagai ping pong dan juga snuker sebagai alat untuk bermain sambil merehatkan minda.
Selain dari itu, banyak ruang yang luas turut disediakan buat anda ketika ingin melakukan beberapa bengkel korporat mahupun latihan. Jika anda berminat untuk melakukan beberapa majlis, lokasi ini juga amat sesuai buat anda.
#8 – H Space
H Space merupakan ruang kerja yang agak baru tetapi mereka telah menembusi pasaran yang baik dengan menyediakan ruang yang bersih dan profesionalisme. Lokasi ini terletak di Menara Mitraland. Kota Damansara. Matlamat H Space adalah untuk menjalinkan hubungan dengan perniagaan kecil di luar sana.
#9 – InCube8
Incube8 adalah ruang yang memberikan kemudahan yang terbaik buat anda. Antaranya adalah, pejabat perkhidmatan, dan juga bilik mesyuarat. Selain dari tu juga, mereka menawarkan pekerjaan seperti admin, perakaunan, dan perkhidmatan setiausaha. Pada asalnya, mereka memasarkan diri mereka sebagai alternatif yang lebih murah untuk mereka yang mahu menyewa pejabat mahupun membeli.
#10 – Unit.my
Selain dari mempunyai ruang kerja yang luas, mereka juga ada menyediakan gymnasium, dan kolam renang buat anda. Lokasi ini juga sesuai buat mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin menyewa tempat ini sebagai pejabat mereka. Dengan wujudnya persekitaran yang lebih tenang dan menarik, secara tidak langsung ianya dapat memberikan sumber inspirasi dan motivasi buat anda.